Home Video LiveTV PR Direktori Tutorial Feed RSS Hubungi Kami

Mar 31, 2009

Pakatan mohon bubar DUN jika Nizar menang

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati
TAIPING: Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes saman mempertikaikankesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Menurut PAS ia merupakan ketetapan pihaknya sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi.

"Jika Nizar menang kes berhubung pelantikan Nizar, kami tidak akan menunggu lama, keesokan kami akan memohon agar Sultan Perak memberi perkenan membubarkan DUN," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Alwi di sini hari ini.

Nizar, yang dilantik Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12, turun daripada jawatan itu selepas kerajaan negeri pimpinanannya jatuh ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar PKR dan DAP.

Justeru. Nizar memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan pelantilan Zambry.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai majoriti di DUN, Asmuni berkata, perkara itu tidak timbul manakala Nizar masih merupakan Menteri Besar yang sah untuk berbuat demikian.

Awal bulan ini, Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN bawah pokok selepas tidak dibenarkan memasuki premis DUN.

Subscribe RSS Feed Share on Facebook Add to Technorati

MaklumanArtikelInfo

Hantar sms percuma keseluruh negara dengan Cloudera,tak percaya cuba try kat sini.
[Baca lagi]
Ucapan Tok Guru - Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL.[Part 1] | [Part 2] | [Part 3] | [Part 4]

SubscribeBerita Terbaru

 Connect with google


Loading...